Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air Dan MacBook Pro Terbaharu Tidak Akan Menyokong eGPU

MacBook Air Dan MacBook Pro Terbaharu Tidak Akan Menyokong eGPU

Diterbitkan November 12, 2020 oleh Meor Hasyim

Apple sedia memperkenalkan MacBook Air dan MacBook Pro dengan cip M1 terbaharu yang berasaskan ARM.

Untuk golongan professional dan juga gamer, anda mungkin kecewa dengan MacBook M1 terbaharu ini kerana ia tidak menyokong eGPU.

eGPU atau external GPU merupakan kad grafik desktop yang dipasang berasingan untuk pengguna yang mahukan kuasa pemprosesan grafik lebih berkuasa dari apa yang ditawarkan oleh MacBook.

MacBook Air Dan MacBook Pro Terbaharu Tidak Akan Menyokong eGPU
Salah satu eGPU yang ditawarkan oleh Blacmagic untuk pengguna MacBook

Sebelum ini, MacBook sememangnya menyokong eGPU dan merupakan salah satu kelebihan untuk pengguna yang mahukan kuasa grafik lebih tinggi.

Tidak diketahui sama ada ia adalah disebabkan limitasi dari cip M1 ataupun Apple sendiri sudah berhenti dari menyokong eGPU pada masa akan datang.

Jika anda mahu memiliki MacBook Air dan MacBook Pro terbaharu, mungkin anda perlu mengambil kira perkara ini untuk penggunaan jangka masa panjang anda.

Sumber: Appleinsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY