Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Xiaomi Nyatakan Mereka Tidak Meniru Apple, Mahu Membuang Pengecas Sejak 2015 Lagi

CEO Xiaomi Nyatakan Mereka Tidak Meniru Apple, Mahu Membuang Pengecas Sejak 2015 Lagi

Diterbitkan Januari 6, 2021 oleh Meor Hasyim

Xiaomi membuat kejutan kepada umum dengan memperkenalkan Mi 11 tanpa pengecas. Walau bagaimanapun ia lebih kepada jenaka memandangkan mereka pernah mengherdik Apple membuat keputusan sama pada iPhone 12 mereka.

Kebanyakan peminat dan pengguna mengatakan Xiaomi hanya meniru keputusan dan tindakan Apple. Namun, CEO Xiaomi, Lei Jun telah menafikan perkara itu dan menyatakan mereka sememangnya mahu membuang pengecas sejak dari tahun 2015 lagi.

CEO Xiaomi Nyatakan Mereka Tidak Meniru Apple, Mahu Membuang Pengecas Sejak 2015 Lagi
Lei Jun, CEO Xiaomi

Mengimbas pada tahun 2015, terdapat beberapa laporan bahawa Xiaomi sememangya ada berniat untuk tidak menyertakan pengecas pada telefon pintar mereka.

Beliau turut menambah idea untuk membuang pengecas turut dikuatkan apabila lambakan kotak telefon pintar dibuang begitu sahaja ketika Xiaomi berpindah tempat ke Beijing Park pada tahun lepas.

Mungkin benar idea pembuangan pengecas ini bukanlah satu peniruan bulat-bulat dari Apple. Namun, tidak boleh dinafikan keputusan pembuangan pengecas pada Xiaomi Mi 11 mungkin banyak dipengaruhi oleh Apple sendiri.

Pun begitu, tidak seperti Apple, Xiaomi masih lagi memberikan pilihan kepada pembeli Mi 11 untuk menyertakan pengecas GAN 55W pada harga yang sama.

Sumber: IThome. Gizmochina, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY