China telah melancarkan GPU gaming pertama mereka yang dianggap kad grafik permainan sebenar dengan nama Lisuan LX 7G100.
GPU buatan tempatan ini dilancarkan baru-baru ini dan mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 30,000 unit ditempah dalam masa beberapa jam sahaja.
Menurut laporan Wccftech, Lisuan 7G100 dibina menggunakan proses 6nm, dilengkapi memori 12GB GDDR6, menyokong DirectX 12 Ultimate serta Vulkan 1.3, dan telah mendapat pensijilan WHQL daripada Microsoft.
Dari segi prestasi, GPU ini berada pada tahap setara NVIDIA RTX 3060, dengan prestasi yang kadangkala menghampiri RTX 4060 bergantung kepada permainan.

Walaupun masih jauh di belakang GPU NVIDIA generasi terkini, ia merupakan pencapaian penting bagi industri GPU China.

Harga jualan Lisuan 7G100 adalah sekitar RMB3,299 (kira-kira RM1,918), iaitu hampir sama dengan harga RTX 5060 Ti di pasaran global. Ini menjadikannya pilihan yang kompetitif dari segi harga untuk pasaran China.
Pelancaran GPU ini dilihat sebagai langkah strategik China untuk membangunkan ekosistem cip sendiri di tengah sekatan teknologi Barat yang semakin ketat.
Walaupun masih di peringkat awal, kejayaan prajualan ini menunjukkan permintaan tinggi terhadap GPU buatan China. Sebelum ini pun, China mula mengisi kekosongan pasaran DRAM yang dilihat kekurangan bekalan.
Foto utama: Chao Wan Ke
{suggest}
