Light Phone - Telefon Bersaiz Kad Kredit, Relevan Atau Tidak?

Pada masa kini, secara tidak langsung hampir semua orang di dunia ini lebih terikat pada telefon pintar masing-masing.

Bagi kebanyakan kita, ini perkara yang menjadi rutin harian iaitu layari Instagram, Twitter atau Facebook untuk beberapa jam, kemudian berhenti. Apabila mendapat notifikasi dari salah satu aplikasi sosial tersebut, kita akan ulangi perbuatan yang sama lagi.

Gelung perbuatan itulah yang diharapkan dapat dihapuskan oleh pencipta Light Phone.

light phone relevan atau tidak Kapsyen: Light Phone 2


Light Phone 2, yang dilancarkan pada bulan September tahun 2019 adalah pengganti peranti asal Light Phone dari tahun 2017. Ia seperti anti-telefon pintar atau sebuah alat untuk mengalihkan perhatian. Peranti ini hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan, teks, dan penggera sahaja. Ya, tiada aplikasi-aplikasi lain seperti e-mel, media sosial, bahkan muzik atau penstriman video juga tiada.

Light Phone pada asalnya dicipta oleh Joe Hollier dan Kai Tang pada tahun 2014 bertujuan untuk mengembalikan "suara manusia" pada dunia teknologi canggih ini.

light phone relevan atau tidak Kapsyen: Hollier dan Tang


Light Phone, produk pertama mereka dilancarkan di Kickstarter pada bulan Jun tahun 2015. Light memperoleh lebih dari US$400,000 (~RM1,703,800) dari kempen tersebut dan mempunyai senarai menunggu 50,000 orang untuk telefon tersebut. Peranti yang asli ini berukuran kad kredit dan hanya boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan telefon.

light phone relevan atau tidak Kapsyen: Light Phone


Light Phone telah berjaya dijual sebanyak 15,000 unit. Disebabkan permintaan yang tinggi, syarikat Light memutuskan untuk menghasilkan peranti edisi kedua yang menggunakan rangkaian 4G berbanding pertama yang hanya menggunakan 2G.

Kempen kedua dilancarkan di Indiegogo pada bulan Mac 2018. Mereka berjaya mengumpul dana US$600,000 (~RM2,555,700) dalam 10 jam pertama dan akhirnya mengumpul US$3.5 juta (~RM14,908,250 juta) secara keseluruhan.

Pada bulan Mac 2019, Light Phone 2 telah mula dijual pada harga US$350 (~RM1,490). Peranti ini hadir dalam dua warna asas iaitu hitam dan putih. Dengan berat hanya 78 gram, Light Phone 2 boleh digunakan untuk menghantar dan menerima mesej. Namun, ia masih tidak mempunyai sebarang aplikasi sosial yang lain.

light phone relevan atau tidak Kapsyen: Light Phone 2


Hollier dan Tang berharap ciptaan mereka, Light Phone 2 dapat menjadi alternatif kepada telefon pintar. Tang berkata,
"If you walk down the street without your smartphone, it's almost like a meditation, because you're not distracted. You're thinking: 'Well, what do I like? What do I want to do? What's important to me?' It's such a profound feeling. I keep saying this is like doing yoga."

light phone relevan atau tidak

Apa pendapat anda? Adakah Light Phone relevan dalam era kemajuan teknologi masa kini? Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Light.