Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
paparan iphone 14

Apple Mungkin Akan Batalkan Tempahan 30 Juta Unit Paparan iPhone 14

Diterbitkan Mei 23, 2022 ยท Dikemas kini Mei 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Apple sebelum ini dikhabarkan akan melibatkan tiga OEM paparan sebagai rakan kongsi pembekal iPhone 14 yang biasanya melibatkan LG dan Samsung, serta BOE, nama terkenal dalam teknologi OLED.

Dengan BOE sahaja, dipercayai Apple telah membuat tempahan sehingga 30 juta unit yang mungkin digunakan untuk paparan iPhone 14.

Malangnya, persetujuan dengan BOE untuk menjadi salah satu pembekal Apple dilaporkan sedang dalam bahaya.

Menurut TheElec, Apple masih belum membenarkan BOE untuk mula membuat panel iPhone 14 seperti yang dirancang.

Keraguan Apple dikatakan berpunca daripada kontroversi sebelum ini di mana kumpulan terbaharu paparan siri iPhone 13 yang dibuat oleh BOE didapati mempunyai pengubahsuaian tanpa kebenaran pada pembinaannya.

BOE dikatakan telah menghantar beberapa pekerja, termasuk eksekutif peringkat tinggi, ke Apple Park dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, masih belum ada berita sama ada ia sudah diselesaikan atau belum.

Oleh itu, ada kemungkinan Samsung dan LG yang akan mengambil alih keseluruhan tempahan paparan iPhone 14.

Samsung mungkin akan mendapatkan kontrak untuk model Pro dan Pro Max, manakala LG mungkin akan membuat panel untuk Pro Max sahaja.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • iPhone 14 -Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Dan Jangkaan Harga
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
  • iPhone Tanpa Takuk Mungkin Hadir Dalam 2 Tahun Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY