Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone

Rekaan Nothing Phone (1) Diperlihatkan, Panel Belakang Lut Sinar

Diterbitkan Mei 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Pengasas Nothing, Carl Pei baru sahaja mendedahkan reka bentuk telefon pintar Nothing Phone (1) yang akan datang.

Menariknya, Nothing Phone (1) ini nanti akan menggunakan panel belakang lut sinar yang menampakkan bahagian dalaman telefon.

Menurut ketua reka bentuk Nothing, Tom Howard, tujuan rekaan ini supaya pengguna dapat lebih menghargai ‘kerja’ dalaman telefon pintar.

nothing phone (1)
Sumber: Wallpaper

Katanya lagi, terdapat lebih 400 komponen dalam telefon pintar, jadi ini langkah yang baik dan menarik untuk ditampilkan buat pengguna Nothing.

Howard menyifatkan proses pembuatan ini sebagai “jigsaw puzzle” kerana ingin menyerlahkan komponen seperti kamera, lingkaran pengecas, dan elemen-elemen lain.

nothing phone (1)
Sumber: Wallpaper

Usaha syarikat ini seiring dengan matlamat Carl Pei untuk menandingi ekosistem Apple, termasuk Nothing OS, yang kini tersedia untuk pratonton pada beberapa telefon Android.

Sumber: Android Authority, Wallpaper

Baca juga:

  • Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher
  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai ‘Hype’ OnePlus
  • Nothing Phone (1) Diumum – Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY