Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Walkman Buat ‘Comeback’, Harga Saing iPhone 13 Pro Max

Sony Walkman Buat ‘Comeback’, Harga Saing iPhone 13 Pro Max

Diterbitkan Mac 8, 2022 · Dikemas kini Mac 8, 2022 oleh Nadiah Ab

Dulu, siapa yang ada Sony Walkman, mesti dah rasa mewah. Terbaru, Sony mengumumkan akan hadir dengan dua pemain muzik Walkman terbaru, buat peminat audio yang masih ingin merasai nostalgia Walkman.

Kedua-dua pemain muzik ini diberi nama WM1AM2 dan WM1ZM2, yang masing-masing berharga US$1,600 dan US$3,200.

Untuk model WM1AM2 yang lebih “murah” menampilkan bingkai aloi aluminium yang sangat tahan yang dapat menentang bunyi elektrik dan gangguan lain sambil memberikan bunyi berkualiti tinggi.

Sony Walkman Buat ‘Comeback’, Harga Saing iPhone 13 Pro Max
Sony Walkman Buat ‘Comeback’, Harga Saing iPhone 13 Pro Max

Manakala untuk model WM1ZM2 pula, ia direka dengan casis tembaga bebas oksigen bersalut emas yang dinaik taraf kepada 99.99%, mengutamakan bunyi bernuansa untuk pengalaman mendengar yang premium.

Sony Walkman
Sony Walkman

Kedua-dua pemain muzik Walkman ini hadir dengan keupayaan Wi-Fi untuk memuat turun dan menstrim lagu serta boleh membaca fail Mp3, fail definisi tinggi, dan fail format lossless seperti FLAC atau Apple Lossless.

Untuk pendengaran audio sebenar, kedua-dua peranti juga menggunakan bicu audio 3.5mm.

Tambahan lagi, kedua-dua pemain muzik Walkman ini mempunyai paparan skrin sentuh 5-inci yang boleh disesuaikan dan masing-masing menawarkan storan 128gb dan 256gb.

Dikhabarkan produk baru dari Sony ini akan tersedia di Asia mulai April.

Untuk harga pasaran Malaysia, WM1AM2 akan dijual pada harga RM5,499 manakala WM1ZM2 dijual pada harga RM14,999.

Sumber: Insider

Baca juga:

  • Penghantaran Misteri Sony Ke AS Mungkin Prototaip Konsol PS5 Pro
  • Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno
  • Sony LinkBuds Dilancarkan, Rekaan Pelik Dan Unik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY