Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG TONE Free with Meridian – Photo 1

LG Tone Free Earbuds Dengan Pembersih UV Terbina Hadir Di Malaysia, Berharga RM 799

Diterbitkan September 29, 2020 · Dikemas kini September 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan yang lalu, LG telah mengumumkan dua siri LG Tone Free Earbuds iaitu model HBS-FN6 dan HBS-FN4. Dua produk ini secara rasminya hadir ke Malaysia dengan tanda harga RM 799 dan RM 599.

LG TONE Free with Meridian – Photo 1

Kedua-dua model ini mempunyai beberapa spesifikasi dan ciri-ciri yang sama. Ia dilengkapi dengan pemacu 6mm dan ditala oleh pakar audio Britain, Meridian dimana ia menggunakan Headphone Spatial Processing pada produk ini.

Menurut LG, mereka menjanjikan 6 jam penggunaan dengan 12 jam tambahan melalui pod pengecasan. Apa yang uniknya, pod pengecasan LG ini mempunyai pembersih UV yang terbina dan mampu membersihkan fon telinga ini. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar.

Tambahan lagi, terdapat aplikasi TONE Free yang boleh dimuat turun pada peranti pintar dan pengguna boleh melakukan penyesuaian equalizers untuk fon telinga tersebut.

LG TONE Free Modern White – Photo 1
LG TONE Free Stylish Black – Photo 1

LG Tone Free earbuds ini hadir dalam dua warna iaitu Stylish Black dan Modern White. Jika anda berminat, anda boleh beli fon telinga ini di kedai rasmi LG di Lazada dan Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY