LG Makin Hampir Untuk Keluar Dari Perniagaan Telefon Pintar

Khabar angin berkaitan syarikat gergasi Korea Selatan, LG untuk menarik diri dari perniagaan telefon pintar sudah hangat diperbualkan sejak akhir-akhir ini.

Jika bulan lalu, mereka gagal untuk menjual perniagaan telefon pintarnya, kini terdapat sumber mengatakan LG semakin hampir dalam menarik diri daripada perniagaan tersebut seawal minggu hadapan.

Laporan ini sangat kuat kerana sebelum ini juga LG akan tampil memberi penjelasan terhadap masa hadapan telefon pintarnya pada awal April.



Tambahan lagi, LG pernah merancang beberapa strategi bagi meneruskan pasaran telefon pintar. Namun, sebaliknya terjadi dan membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskannya.

Malah, LG sendiri sudah bergelut dalam pasaran telefon pintar sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam pada itu, kesemua pekerja LG dalam bahagian telefon pintar ini akan dipindahkan ke bahagian perkakas perumahan LG.

https://twitter.com/FrontTron/status/1376675015114956800?s=20

Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu kenyataan rasmi daripada LG pada minggu hadapan.

Dengan ini, era telefon pintar LG bakal berakhir dan menjadi tinggalan sejarah.

Sumber: korea times via android authority