TV Pintar Xiaomi Akhirnya Tiba Buat Pasaran Tempatan

Semalam, selain melancarkan Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S, Xiaomi turut membawa masuk televisyen (TV) pintar mereka buat pertama kali ke Malaysia.

Dua siri yang dibawa masuk, iaitu siri Mi TV P1 yang mana lebih mampu milik. Sementara Mi TV Q1 pula adalah lebih premium.

Baca juga - Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Kapsyen: Mi TV 32"


Di Malaysia, Mi TV P1 ditawarkan tiga pilihan saiz, iaitu 55 inci, 43 inci dan 32 inci. Kesemunya menampilkan rekaan bezel-less yang menyokong kadar penyegaran 60Hz.

Kapsyen: Mi TV 55"


Varian 32 inci hanya dilengkapi paparan beresolusi HD (1366x768) 8 bit dan Android TV 9. Manakala, 43 inci dan 55 inci pula beresolusi 4K UHD, HDR10+, MEMC, Android TV 10 serta sokongan Dolby Vision. Masing-masing turut mempunyai sistem Dolby Audio dan sokongan DTS-HD.

Bagi Mi TV Q1, ia tampil dengan skrin lebih besar berukuran 75 inci. Dengan rekaan bezel-less, ia hadir paparan beresolusi 4K menggunakan panel QLED yang akan memancarkan visual yang cantik.

Kapsyen: Mi TV Q1


Selain itu, ia turut menyokong paparan Dolby Vision, HDR10+ dan sesuai untuk bermain game kerana mempunyai kadar penyegaran 120Hz.

Di dalam turut terbina 6 pembesar suara stereo 30W, Dolby Audio dan DTS-HD, Android TV 10 dan sudah hadir aplikasi Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube.

Harga jualan bagi Mi TV P1 adalah bermula RM999 untuk varian 32 inci tetapi Xiaomi menawarkan promosi serendah RM899 untuk 100 pelanggan pertama. Malah, akan menerima Mi Smart Band 6 secara percuma.

Baca juga - Jualan Mi Smart Band 6 Hangat Macam Pisang Goreng

TV yang lebih premium, Mi TV Q1 pula dijual dengan tanda harga RM7999 secara ekslusif di Lazada. Sekiranya berminat, pra-tempahan akan dibuka pada 6 Jun 2021.

Sumber: Siaran Media Xiaomi