Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Fold2

Telefon Samsung Pertama Dengan Kamera Bawah Skrin Dijangka Tiba Tahun Ini

Diterbitkan Mei 27, 2021 · Dikemas kini Mei 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Ini bukan kali pertama kita mendengar laporan yang mana Samsung ingin menawarkan paparan penuh pada telefon pintarnya. Ia sudah berlegar-legar di internet sejak tahun 2019 lagi.

Tahun ini mungkin menjadi titik permulaan baharu bagi Samsung bagi segmen telefon pintar kerana Galaxy Z Fold3 yang dijangka tiba tidak lama lagi akan dilengkapi kamera di bawah skrin.

Baca juga – Samsung Bakal Perlihatkan Tiga Teknologi Paparan OLED Baharu

Laporan ini sangat kuat kerana Samsung sendiri sudah memperlihatkannya semasa acara SID 2021 baru-baru ini. Malah, tanda dagang “Under Panel Camera” juga sudah dibuat.

👀
Front 10MP 1.22um 1/3.2" IMX374
Front 16MP 1.0um 1/3.09" IMX471
Rear Wide Angle 12MP 1.8um 1/1.76" IMX555
Rear 2x telephoto 12MP 1.0um 1/3.6" 3M5
Rear Ultra Wide 12MP 1.12um 1/3.2" 3L6 https://t.co/xZqyIUbQEv

— Tron ❂ (@FrontTron) May 25, 2021

Menurut sumber daripada FrontTron, telefon boleh lipat itu mempunyai 4 tetapan kamera dimana 12MP utama (Sony IMX555), 12MP ultra lebar dan 2x 12MP telefoto. Manakala satu kamera hadapan 10MP (Sony IMX374) dan kamera swafoto di bawah skrin 16MP (Sony IMX471).

Baca juga – Samsung Tak Nak Kamera Dengan ‘Megapixel’ Tinggi Lagi

Melihat spekulasi tersebut, Samsung nampaknya tidak lagi mahu meletakkan kamera dengan resolusi tinggi lagi. Ini termasuk kemampuan zum 100x.

Sumber: sammobile

Foto utama: Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY