Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Backbone One Edisi PlayStation Android

Backbone One Edisi PlayStation Kini Hadir Untuk Telefon Android

Diterbitkan Mei 24, 2023 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, Backbone One Edisi PlayStation diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna iPhone. Kini, ia hadir pula buat pengguna telefon pintar Android.

Bagi yang tidak mengenali apa itu Backbone One, ia merupakan aksesori alat kawalan (controller) bagi telefon pintar.

Secara tidak langsung, ia memudahkan pengguna untuk bermain apa jua permainan PlayStation 4 dan PlayStation 5 di mana-mana sahaja, melalui fungsi remote play. Yalah, sekarang kita sudah beralih ke zaman mudah alih atau handheld.

Berkaitan

  • Tonton Trailer Awal Filem Yang Diadaptasi Dari 'Game' PlayStation
  • GTA 6 Dilapor Akan Hadir Seawal Tahun 2024 Depan
  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan

Dari segi luaran dan dalaman, tidak ada beza pun versi iOS dan Android ini. Maknanya, butang alat kawalan, butang tangkap layar, kedudukan analog dan sebagainya masih sama.

backbone one android

Tidak dilupakan juga, aksesori ini menggunakan sumber kuasa telefon pintar anda tetapi jangan risau kerana ia ditawarkan lubang pengecasan sekiranya bateri peranti sudah berkurang termasuk juga bicu audio untuk penggunaan fon kepala atau fon telinga berwayar.

Selain permainan PS4 atau PS5, pengguna turut boleh memainkan permainan yang ada dalam Google Play. Antara permainan yang menyokongnya seperti COD: Mobile, Fortnite, Diablo Immortal dan lain-lain.

Harga jualannya juga masih sama seperti versi IOS, iaitu RM495. Buat masa sekarang, ia belum dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia tetapi anda boleh membelinya menerusi laman rasmi Backbone.

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY