Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme logo

realme Menggila, Jadi Jenama Telefon 5G Yang Pesat Berkembang

Diterbitkan Disember 30, 2021 · Dikemas kini Disember 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Awal tahun ini, realme dilihat sebagai sebuah jenama yang pesat berkembang pada tahun 2020. Namun, bagaimana pula tahun ini?

Tahun 2021 juga realme ‘menggila’ kerana data terbaru dari counterpoint mendedahkan bahawa realme menjadi jenama telefon 5G yang paling pesat berkembang.

Jenama telefon pintar China itu menerima peningkatan sehingga 831% untuk suku ketiga tahun ini. Lonjakan tersebut turut disebabkan sambutan yang agak memberangsangkan di rantau India, China dan Eropah.

realme counterpoint

Menurut counterpoint, realme mengukuhkan strategi mereka dengan penawaran 5G bersama-sama padanan harga jualan. Malah, CEO dan pengasas realme turut mengatakan yang misi mereka untuk memberikan lebih ramai orang muda menggunakan peranti 5G di samping spesifikasi yang baik.

Secara keseluruhan, realme adalah pengeluar telefon pintar Android yang kelima terbesar di dunia. Jika dilihat, salah satu faktor lain realme cepat berkembang mungkin disebabkan banyak peranti 5G yang dilancarkan tahun ini.

Biarpun begitu, Strategy Analytics sebelum ini mengatakan Apple masih tersenarai dalam 100 telefon 5G paling laris di dunia walaupun mereka tidak banyak model yang dikeluarkan.

Sumber: counterpoint

Baca juga:

  • Ini Telefon Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang

  • Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung

  • Rasmi, Telefon Premium Siri realme GT 2 Akan Dilancar Awal Januari 2022

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY