Mungkin Ini Spesifikasi Telefon Boleh Lipat OPPO, Pesaing Galaxy Z Fold3

Telefon boleh lipat OPPO bukanlah sesuatu perkara baharu yang kita dengar. Malah, awal tahun ini juga OPPO memperlihatkan konsep peranti boleh gulung mereka.

Terbaru, Digital Chat Station melaporkan beberapa spesifikasi penting yang akan ada pada telefon boleh lipat OPPO akan datang dan akan memberikan saingan terhadap Samsung Galaxy Z Fold3.

Menurutnya, telefon tersebut akan dilengkapi skrin berukuran 7.8 inci atau 8 inci beresolusi QHD serta kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, ia turut menerima cip janaan Snapdragon 888, kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX766 dan kamera swafoto 32MP.



Tidak dilupakan juga, dikatakan peranti itu mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan menjalankan sistem operasi ColorOS 12.

Walau apa pun, OPPO tidak mengumumkan sebarang maklumat berkaitannya tetapi berkemungkinan ia akan dilancarkan menjelang penghujung tahun ini atau seawal tahun 2022.

Dengan ini, era telefon boleh lipat sudah mula rancak kerana Google juga dilaporkan bakal menampilkan telefon lipat pertama mereka.

Sumber: weibo

Baca juga: