Beberapa hari lepas, Apple telah melancarkan siri iPhone 13. Sehingga kini, ia masih hangat diperbualkan di media sosial. Boleh dikatakan, ramai yang mengkritik peranti tersebut.
Biarpun begitu, saban tahun Apple dikritik, nampaknya mereka tidak terjejas. Hal ini kerana laporan terbaru daripada Counterpoint memperlihatkan Apple terus kekal mengungguli pegangan pasaran telefon pintar berkelas premium.
Mungkin ada yang keliru. Menurut Counterpoint, mereka medefinisikan pasaran premium adalah peranti yang dijual pada harga melebihi USD400.
Secara keseluruhan, Apple memegang pasaran ini dengan 57%, Samsung berada di tempat kedua dengan 17% sementara Huawei pula sebanyak 6%. Akan tetapi, Samsung dan Huawei dilihat menurun berbanding tahun lalu. Huawei adalah paling ketara dimana 17% menjadi 6% sahaja.
Untuk jenama seperti Xiaomi dan OPPO, mereka semakin hari semakin mengejar tiga jenama itu. Selain itu, hampir kesemua rantau didominasi jenama Apple dan Samsung.
Namun, perlu diingatkan sekali lagi bahawa ini adalah data untuk jualan telefon pintar bagi segmen premium.
Sumber: counterpoint
Baca juga:
- Macam Mana Jenama Apple Mampu Mempengaruhi Pengguna
- Samsung ‘Bahan’ Apple
- Ini 5 Ciri Menarik Yang Ada Pada iOS 15