LG G7 Neo Dipertontonkan Pada Acara MWC 2018

Diawal acara MWC 2018, LG mengumumkan LG V30S ThinQ, versi yang dinaiktaraf sedikit berbanding model terdahulu, LG V30.

Namun berdasarkan laporan dari pihak media Israel, jenama itu turut mempamerkan satu lagi telefon pintar yang dikenal pasti sebagai LG G7 Neo.



Ynet menyatakan peranti tersebut dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 yang digandingkan dengan memori RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB. Sementara itu, terdapat satu lagi versi yang memperagakan RAM 6GB.

Dari segi rekaan p, ia menampilkan skrin paparan 6 inci dengan resolusi 3120 x 1440 yang mempunyai takuk dan dipercayai menggunakan nisbah 19.5:9.



Dwi kamera pula disusun secara menegak dan diletakkan pada bahagian tengah dan dibawahnya kelihatan pengimbas cap jari.

Dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan menjalankan sistem operasi Android Oreo 8.0, kemunculan LG G7 Neo dilihat sebagai misteri kerana LG tidak menyebut langsung tentang model ini.

Sumber:Ynet via Android Authority