Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Googlebook 15

Lenovo Googlebook 15 Dilancar Dengan Harga Bermula ~RM4,480

Diterbitkan September 22, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo turut melancarkan versi komputer riba Googlebook mereka dengan saiz skrin 15.3 inci.

Lenovo Googlebook 15 hadir sebagai laptop premium yang menawarkan gabungan prestasi dan ciri pintar yang sesuai untuk pengguna moden.

Dikuasakan oleh Intel Core Ultra 5 dengan NPU yang mampu mencapai sehingga 47 TOPS, peranti ini menjanjikan kelancaran dalam tugasan harian, termasuk aplikasi berasaskan AI.

Lenovo Googlebook 15

Paparan sentuh OLED 15.3 incinya dengan resolusi 2.8k memberikan pengalaman visual yang tajam dan memukau, manakala memori 16 GB serta storan 512 GB memastikan kelajuan dan kapasiti mencukupi untuk kerja mahupun hiburan.

Dari segi mobiliti, bateri peranti ini mampu bertahan sehingga 13 jam, bergantung pada penggunaan, dengan berat hanya 2.84 lbs (~1.29 kg) menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

Lenovo Googlebook 15

Ciri keselamatan turut diperkukuh melalui modul Google Titan C2, pengimbas cap jari, dan sokongan facial unlock.

Jadi, bagi mereka yang mahukan pilihan saiz skrin yang lebih besar dari Acer Googlebook 14, Lenovo Googlebook 15 adalah pilihan alternatif untuk anda.

Lenovo Googlebook 15 (RAM 16GB+storan 512GB) dijual dengan harga bermula USD1,099 (~RM4,484).

Berkaitan

  • Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Acer Lancar Googlebook 14, Laptop Skrin Sentuh, Nipis Dan Ringan Pada Harga Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY