Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Mudah, Pelajar Kini Boleh Pilih Pusat Agihan PerantiSiswa

Lebih Mudah, Pelajar Kini Boleh Pilih Pusat Agihan PerantiSiswa

Diterbitkan Februari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan pemohon yang telah lulus tetapi belum diagihkan peranti boleh memilih lokasi Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) serta sesi yang bersesuaian.

Berkaitan

  • KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
  • 22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan

Menurut Fahmi, pemilihan lokasi agihan boleh dilakukan dengan mengakses akaun platform yang sama semasa permohonan melalui pautan https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula 9 Februari.

Jelasnya, pengagihan secara berpusat ini memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti institusi penerima asal. Dalam erti kata lain, pelajar yang sedang bercuti, menjalani latihan industri atau apa-apa sebab yang berkaitan boleh mengambil peranti di PPPs yang terdekat.

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan sebanyak 315,760 (86%) peranti telah diagihkan kepada penerima PerantiSiswa daripada 366,843 permohonan yang diluluskan setakat 9 Februari 2023.

Bagi mempercepatkan proses pengagihan untuk baki selebihnya, PPPs akan digerakkan serentak di seluruh negara pada 17-19 Februari 2023 (Sesi Pertama), 24-26 Februari 2023 (Sesi Kedua) dan 3-5 Mac 2023 (Sesi Ketiga). Setiap sesi akan berlangsung bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah butiran mengenai sesi agihan dan lokasi PPPs:

Lebih Mudah, Pelajar Kini Boleh Pilih Pusat Agihan PerantiSiswa
Lebih Mudah, Pelajar Kini Boleh Pilih Pusat Agihan PerantiSiswa

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
©2026 WISER.MY