Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Diterbitkan Disember 21, 2022 · Dikemas kini Disember 21, 2022 oleh Amalina Athman

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran ATM dan polis.

Semua golongan tersebut akan menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa, bermula Februari 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyatakan Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih ini bertujuan bagi mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet yang merupakan keperluan asas.

Berkaitan

  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi
  • Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi Menjelang Krismas Ini - Fahmi Fadzil
  • Status Internet Dan Telekomunikasi Di Kawasan Banjir Jadi Keutamaan

Penurunan harga itu akan meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Ditawarkan dengan harga RM30, Pakej Perpaduan meliputi kelajuan internet mudah alih 3Mbps dengan kuota 30GB untuk tempoh 6 bulan (180 hari).

Menurut Fahmi, pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada telco untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej berkenaan. Pihak telco juga akan membuat pengumuman lanjut mengenai Pakej Perpaduan kepada para pengguna dalam masa terdekat.

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY