Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 20 Hampir Pasti Dilengkapi Android Pie Dari Dalam Kotak

Lebih Banyak Syarikat China Beri Subsidi Kepada Belian Produk Huawei Sempena Krisis Dengan AS

Diterbitkan Disember 26, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita ketahui, Huawei ketika ini sedang “ditekan” oleh kerajaan Amerika Syarikat atas dakwaan produknya boleh mengancam keselamatan sesebuah negara.

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Kewangan mereka, Meng Wanzhou juga telah ditahan di Kanada sebelum dibebaskan baru-baru ini.

Berikutan perkara itu, salah satu syarikat pembekal mereka, Menpad telah menunjukkan sokongan terhadap Huawei dengan mengenakan penalti kepada pekerja yang membeli iPhone sambil memberikan subsidi kepada pekerja yang mendapatkan produk Huawei.

Baca juga: Pembekal Huawei Di China Bakal Hukum Pekerja Yang Membeli Peranti iPhone
Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei & ZTE
Reddit

Langkah itu nampaknya telah diikuti oleh puluhan syarikat China yang lain pada hari ini. Antaranya ialah pengeluar barangan elektrik, Shanghai Youluoke Electronic & Technology.

Syarikat tersebut telah mengumumkan akan memberi subsidi penuh bagi dua telefon pintar Huawei yang dibeli oleh setiap seorang pekerja mereka.

Sementara itu, Shenzen Yihadeng Technology pula bakal mengenakan denda bersamaan dengan harga peranti iPhone yang dibeli kepada pekerja-pekerja yang mendapatkannya.

Malah, sokongan itu bukan sahaja datang dari syarikat pengeluar barangan elektronik sahaja. Sebuah syarikat tekstil, Zhejiang Kangjiesi New Material Technology Co juga melakukan perkara sama.

Mereka dilaporkan akan menghalang mana-mana staf yang menggunakan peranti iPhone daripada menerima mana-mana promosi syarikat serta juga akan memberikan subsidi kepada mereka yang membeli peranti Huawei.

Sekatan terhadap Huawei oleh AS dan sekutunya ini dilihat tidak memberi kesan terlampau kepada syarikat tersebut. Malah, Huawei juga baru-baru ini telah berjaya mencapai sasaran untuk menjual 200 juta peranti bagi tahun 2018.

 

Sumber: Global Times    Asian Nikkei Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY