Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
launcher iOS Android

‘Launcher’ iOS Yang Dipasang Pada Peranti Android Kini Melepasi 50 Juta Muat Turun

Diterbitkan Ogos 19, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Mac Rumors, aplikasi ‘launcher’ atau pelancar popular di Google Play Store yang memberikan pengalaman kepada peranti Android untuk menggunakan antaramuka iOS kini sudah melepasi 50 juta muat turun. Tambahan pula, pelancar itu kini sudah dikemas kini dengan rekaan dan ciri terkini iOS 16 yang akan datang pada iPhone kelak.

Berkaitan

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain 'Lockscreen' Baharu
  • iOS 16 Beta Awam 3: Enam Perkara Baru Termasuk Peratus Bateri, 'Visualiser' Semasa Muzik Dimainkan

Untuk makluman, kewujudan aplikasi itu bukanlah perkara baharu dan sudah lama tersedia di Google Play Store. Bermula dengan iOS 13 dan untuk setiap keluaran iOS utama berikutnya, aplikasi berkenaan telah dikemas kini dengan setiap naik taraf yang dibuat pada iOS.

launcher android ios

Melalui aplikasi “Launcher iOS 16” itu, ia direka dengan Home Screen iOS, dock, menu Force Touch pada aplikasi, App Library, widget dengan stail iOS, serta banyak lagi. Aplikasi itu turut menggantikan ikon sedia ada dengan ikon yang digunakan pada iOS seperti Messages, Camera, Notes, dan malah ikon Play Store turut digantikan dengan ikon Apple App Store.

Bagi yang belum tahu, launcher atau pelancar Android ini merupakan program yang dijalankan pada skrin utama peranti dengan rekaan, ciri-ciri tertentu dan merupakan pilihan bagi mereka yang ingin menggunakan pelancar selain daripada yang ditawarkan oleh peranti sedia ada. Selain Launcher iOS 16, banyak lagi aplikasi pelancar lain yang ditawarkan di Google Play Store.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY