Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 002

Laptop Dan Desktop Gaming Acer Predator Baharu Dilancar, Harga Dari RM7,299

Diterbitkan Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia memperkenalkan dua produk utama dalam siri gaming terbarunya – Predator Helios Neo 16 dan Predator Orion 5000 – yang direka untuk memenuhi keperluan gamer moden yang mahukan peranti berprestasi tinggi.

Predator Helios Neo 16 hadir sebagai laptop gaming kelas pertengahan dengan prestasi mantap.

Dikuasakan dengan pilihan cip pemproses tertinggi sehingga Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 5070 GPU, ia tentunya menawarkan pengalaman permainan lancar.

Predator Helios Neo 16 (1)

Paparan IPS WQXGA+ 16-incinya dengan nisbah 16:10 menyokong kadar segar semula 180Hz dan liputan warna 100% sRGB.

Sistem penyejukan AeroBlade 3D Gen5 pula memastikan prestasi kekal stabil, manakala teknologi Intel Killer DoubleShot Pro memberikan sambungan Wi-Fi 6E dan Ethernet 2.5G yang lebih pantas.

Audio turut dipertingkat dengan DTS:X Ultra dan pensijilan Hi-Res Audio.

Sementara itu, Predator Orion 5000 ialah desktop gaming berkuasa dipacu Intel Core Ultra 7 Processor 265F dan RTX 5070 GPU yang digabungkan dengan sistem penyejukan CycloneX 360 untuk aliran udara optimum.

Predator Orion 5000

Orion 5000 dilengkapi 32GB DDR5 RAM (boleh dinaik taraf sehingga 128GB) serta storan SSD 1TB dengan sokongan tambahan.

Sambungan Wi-Fi 7 nya memastikan kelancaran permainan dalam talian.

Sudah berada di pasaran, Predator Helios Neo 16 tersedia dalam pelbagai pilihan spesifikasi, dijual dengan harga dari RM7,299 (varian dengan NVIDIA GeForce RTX 5050).

Sementara desktop Predator Orion 5000 pula dijual pada harga RM14,999.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Acer Lancar Monitor Gaming Mampu Milik, Harga Dari RM479
  • Acer Lancar Siri Swift AI Dan Aspire S Baharu, Harga Dari RM5,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY