Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kos hasilkan iPhone 12

Laporan: iPhone 12 Pro Max Adalah Antara Peranti Terbaik Untuk Tahun 2021

Diterbitkan Mac 26, 2021 · Dikemas kini Mac 26, 2021 oleh Amalina Athman

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Consumer Reports, iPhone 12 Pro Max adalah antara telefon pintar terbaik untuk tahun 2021.

Consumer Report iPhone 12 Pro Max

Model tertinggi dalam siri iPhone 12 ini menampilkan panel OLED, sambungan rangkaian 5G, cip A14 Bionic yang lebih pantas serta penambahbaikan pada bahagian kamera. Ia juga dilengkapi jangka hayat bateri yang lebih baik.

Laporan: iPhone 12 Pro Max Adalah Antara Peranti Terbaik Untuk Tahun 2021

Selain iPhone 12 Pro Max, turut disenaraikan adalah Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G yang merupakan telefon terbaik untuk peranti Android. Juga dilancarkan pada tahun lalu, Note20 Ultra mempunyai jangka hayat bateri yang baik, rangkaian 5G serta naik taraf S-Pen yang lebih berkuasa.

nord malaysia

Dalam pada itu, Consumer Reports juga menyenaraikan OnePlus Nord N10 5G sebagai peranti mampu milik terbaik bagi tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, OnePlus Nord 5G dijual pada harga RM1199. Dengan harga yang ditawarkan, peranti ini juga dilengkapi rangkaian 5G.

Adakah anda bersetuju dengan laporan ini? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Consumer Reports

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY