Siri Samsung Galaxy Note 20 Dilancarkan Dengan Naik Taraf S-Pen Lebih Berkuasa

Samsung melancarkan 2 buah varian Galaxy Note 20 dan juga sebuah lagi Galaxy Note 20 Ultra. Ia membawakan naik taraf dari segi perkakas, perisian dan juga S Pen lebih baik.

Rekaan Galaxy Note 20 Ultra adalah lebih berkotak dengan modul kamera lebih tebal.

Paparan


Galaxy Note 20 Ultra dilengkapi dengan kaca Corning Gorilla Victus, iaitu teknologi skrin paling terkini dalam keluarga Corning.

Ia merupakan peranti pertama yang dimuatkan dengan kaca sebegini. Ini menjadikan skrin peranti boleh bertahan jika jatuh dari jarak 2 meter.

Note 20 biasa pula hanya dilengkapi dengan Gorilla Glass 5 sahaja.

Note 20 mempunyai skrin 6.7 inci FHD+ namun kadar segar semula hanya 60Hz. Manakala Note 20 Ultra lebih menarik dengan 6.9 inci WQHD+ serta kadar segar semula 120Hz.

Kapsyen: Galaxy Note 20 Ultra


Note 20 mempunyai skrin rata manakala Note 20 Ultra direka melengkung pada bahagian sisi skrin. Kedua-duanya juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin.

Cip/Prestasi


Kedua-dua cip dijana cip pemprosesan Exynos 990 dan Snapdragon 865+ mengikut pasaran, mempunyai RAM sehingga 12GB RAM dan juga storan dalaman sehingga 512GB.



Seperti biasa, turut terdapat microSD untuk penambahan storan lebih. Namun itu untuk Note 20 Ultra sahaja kerana Note 20 tiada sokongan microSD.

Terdapat ciri piawaian kalis air IP68 dan pembesar suara Dolby Atmos dengan alunan AKG.

S Pen


Sebagai tarikan utama dalam siri Note, S Pen kini telah dinaik taraf dengan latensi 9ms. Menurut Samsung, kelajuan ini menawarkan pengalaman yang sama ketika menulis.

Galaxy Note20 and Note20 Ultra unveiled with upgraded screens, S Pens and cameras

S Pen juga mempunyai navigasi peranti baharu tanpa menyentuh secara gestur.

Kamera


Kedua-dua model mempunyai konfigurasi kamera yang berbeza. Namun, mungkin ada yang sedikit kecewa kerana Note 20 Ultra menggunakan teknologi kamera yang sama pada S20 Ultra. Ia hadir dengan 108MP utama, 12MP telefoto 5X zum optikal, dan juga 12MP sudut lebar.

Kapsyen: Galaxy Note 20


Note 20 dimuatkan dengan spesifikasi sedikit rendah, ia mempunyai 12MP utama, 64MP telefoto, serta 12MP sudut lebat.

Untuk lensa swafoto, kedua-dua dimuatkan dengan sensor 10MP tunggal.


Bateri/Pengecasan


Bateri dimuatkan berkapasiti 4,500mAh dan 4,300mAh masing-masing dengan pengecasan pantas 25W. Agak aneh kerana pada S20 Ultra, pengecasan pantas adalah selaju 45W.

Selain itu, Note 20 Ultra juga menyokong pengecasan tanpa wayar 15W dan berbalik 9W.

Galaxy Note 20 dijual bermula 999 USD (~RM4,188) manakala Note 20 Ultra lebih mahal dengan 1,299 USD (~RM5,446).

Untuk pasaran Malaysia, Samsung akan menawarkan siri Galaxy Note 20 ini dalam masa terdekat.