Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nord malaysia

OnePlus Nord N10 5G Kini Rasmi Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan

Diterbitkan Mac 22, 2021 oleh Amalina Athman

OnePlus Nord N10 5G telah pun dilancarkan untuk pasaran global pada Oktober tahun lalu. Terbaru, OnePlus Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran OnePlus Nord N10 5G untuk pasaran tempatan.

Mengimbas spesifikasi, Nord N10 dilengkapi skrin berukuran 6.49-inci dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 90Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 690 bersama gandingan RAM 6GB dan 128GB storan dalaman. Ia juga menyokong penambahan storan sehingga 512GB melalui slot kad mikroSD.

Untuk kamera, terdapat 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 13MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP monokrom.

Nord N10 5G Malaysia

Nord N10 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T. Antara lainnya adalah sokongan rangkaian 5G, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan sebagainya.

Di Malaysia, Nord N10 5G ditawarkan pada harga RM1199. Untuk jualan pertama pada 27 Mac 2021, peranti ini boleh dibeli pada harga promosi RM999 di Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY