Hari ini, maklumat lain pula iaitu harga jualan rasmi peranti tersebut. Sebelum ini sudah menjadi bualan bahawa Pixel 4a akan dijual berharga 399 USD di A.S.
Laporan terbaharu kali ini adalah ia akan dipasarkan lebih murah iaitu pada harga permulaan 349 USD. Jika benar, strategi ini agak menarik memandangkan ia adalah lebih murah berbanding harga pelancaran Pixel 3a tahun lepas (399 USD).
https://twitter.com/ishanagarwal24/status/1289592660252962816
Walau apapun, ia dilihat langkah yang relevan disebabkan iPhone SE, peranti paling popular di negara Uncle Sam itu turut dijual pada harga 399 USD.
Ia juga memperlihatkan muslihat Google untuk berhadapan dengan produk dari Apple tersebut lantaran kedua-dua peranti berada dalam kategori kelas pertengahan yang sama.
Tambahan lagi, harga permulaan tersebut adalah merupakan untuk varian 128GB di mana iPhone SE hanya menawarkan 64GB untuk harga permulaan mereka.
Dikatakan Google hanya akan menjual satu varian 128GB sahaja untuk Pixel 4a. Sementara itu, tiada Pixel 4a versi XL yang lebih berkuasa untuk tahun ini seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Spesifikasi peranti kembali diungkapkan semula iaitu cip Snapdragon 730G, RAM 6GB dan bateri 3,140mAh berserta pengecasan pantas 18W.
Paparan peranti adalah 5.81 inci FHD+, bernisbahkan 19.5:9 OLED dan turut menyokong HDR. Antara lainnya adalah paparan turut disokong fungsi Always-On-Display dan juga Now Playing pada Pixel-Pixel sebelumnya.
Sekali lagi Pixel 4a akan menyokong pembesar suara stereo tetapi dalam bentuk menghala ke hadapan dan bawah.
Kamera belakang Pixel 4a sememangnya tunggal, namun ia merupakan sensor dari Pixel 4 dengan saiz 12MP berserta OIS. Fungsi 4K 30fps dan FHD 120fps turut tersedia manakala swafoto pula diletakkan dalam punch-hole dengan sensor 8MP.

Laporan turut menambah akan ada varian Pixel 4a 5G yang berharga 499 USD seiring dengan pelancaran Pixel 5 kelak. Buat masa ini masih belum diketahui spesifikasinya, cuma yang pasti ia akan dijana cip 5G yang lebih berkuasa berbanding Pixel 4a ini.
Melihatkan kepada spesifikasi dan juga harga pelancaran peranti ini, adakah anda mahu menyambarnya jika ada penjual menjualnya di Malaysia kelak?
Sumber: Ishan Agarwal
Berkaitan
- Google Buang 25 Aplikasi Android Kerana Mencuri Maklumat Log Masuk Facebook
- Google Pixel 4a Akan Dijana Cip Snapdragon 730, RAM 6GB, Dan Bateri 3,080mAh
- Google Pixel 4 Versi 5G Berkemungkinan Dilancarkan Minggu Hadapan
- Google Menentang Mod Kecantikan Dalam Kamera, Beri Impak Negatif Kepada Pengguna
- Huawei Umum HERE WeGo Di AppGallery Sebagai Alternatif Google Maps
- Google Pixel 4a Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan
- Google Dikenakan Tuntutan Mahkamah Kerana Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito
- Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi
- Google Mahu Menjadi Bank Dengan Menawarkan Perkhidmatan Akaun Semakan
- Google Stadia Hanya Akan Mempunyai 12 Permainan Sahaja Ketika Pelancaran