Google Pixel 4a Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan


Arena kelas pertengahan merupakan kategori yang sangat kompetitif dengan lambakan model dari pelbagai jenama.





Sebelum ini kita ada iPhone SE dan juga baru-baru ini OnePlus Nord, terkini Google juga secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk Pixel 4a.





Peranti ini sudah banyak kali dilewatkan dari diperkenalkan sejak Mei lalu berikutan isu seperti Covid-19 dan sebagainya.





Melalui laman jualan rasmi Google sendiri, mereka mengacah sebuah peranti terbaharu yang mana untuk peminat gajet tegar memang sudah pasti bahawa itu merupakan Pixel 4a.









Antara lainnya adalah Google sendiri memuat naik gambar header di media sosial memperlihatkan gambar yang boleh dirujuk sebagai kamera punch-hole Pixel 4a.









Dari segi spesifikasi, sebelum ini sudah diketahui bahawa ia akan dijana Snapdragon 730, RAM 6GB serta bateri sekitar 3,080mAh.





Walaupun spesifikasinya bukanlah tarikan utama, ciri menarik peranti ini adalah dari segi kamera yang akan mempunyai kualiti sama seakan Pixel 4.





Tambahan lagi, ia akan menjalankan sistem perisian Android terkini dari Google yang dijamin mendapat versi terbaharu lebih lama berbanding peranti lain.





Sumber: Google


Berkaitan