Lagi Maklumat Berkenaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Majlis Pelancaran

Seperti yang kita semua sedia maklum, Samsung akan mengadakan satu majlis khas bagi memperkenalkan peranti Galaxy Note 9 mereka di New York pada 9 Ogos nanti. Menjelang tarikh tersebut, pelbagai maklumat telah tertiris berkenaan peranti itu di internet.

Ia termasuk satu video yang dikatakan sebagai video acah bagi Galaxy Note 9 yang memaparkan beberapa ciri yang ada pada peranti tersebut.

https://youtu.be/YOoqv7ppkaE

Kredit : TGspot


Antara ciri istimewa yang dipertontonkan pada video tersebut ialah S-Pen yang telah dinaiktaraf, bateri yang didakwa mampu bertahan lebih lama, simpanan dalaman peranti sebesar 512GB dan sokongan simpanan gergasi sehingga 1 TB(512GB dalaman + 512 GB mikroSD).

Melihat pada imej peranti dalam video tersebut, Samsung nampaknya tidak melakukan sebarang perubahan ketara pada reka bentuk luaran Note 9 kali ini. Ia kelihatan hampir sama dengan Note 8, serta masih mengekalkan fungsi bicu audio untuk sambungan fon telinga.

Sama ada video ini tertiris secara tidak sengaja atau merupakan satu strategi pemasaran dari Samsung masih belum dapat diketahui. Walau apa pun, video ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai dan menjadi tular di internet.

 

Sumber