Beberapa hari lepas kita diumumkan dengan pemproses Pinecone dari Xiaomi, hari ini Samsung pula mengumumkan pelancaran cip pemproses edisi terbaru mereka iaitu Exynos 9 yang bakal hadir bersama dengan Galaxy S8. Ini bermaksud Galaxy S8 sah akan diedarkan ke pasaran dengan dua variasi cip pemproses iaitu Snapdragon 835 atau Exynos 9.
Berdasarkan dari laporan, Galaxy S8 yang dikuasakan oleh Exynos 9 akan mula dijual ke pasaran bermula di Korea pada 14 April 2017. Manakala peranti bersama cip pemproses Snapdragon 835 pula akan dijual kemudiannya ke negara-negara lain.
Seperti Snapdragon 835, Exynos 9 mungkin dihasilkan menggunakan proses fabrikasi FinFET 10nm milik Samsung sendiri. Cip ini juga mungkin dibina dengan CPU 8-teras bersama tambahan 4-teras M2 dan 4 ARM Cortex-A53 disamping GPU Mali-G71 yang terbaru.
Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus kini sedang hangat dibicarakan di Internet dan dipercayai yang akan diumumkan di Amerika Syarikat dan Eropah serentak pada 29 Mac ini.
Sumber
Berkaitan
- Pengguna Spotify Kini Mencecah 140 Juta Pengguna
- Google Duo Pencabar Facetime Dilancarkan Hari Ini.
- Desas Desus Cip Premium Kelas Pertengahan Snapdragon 670
- Honor Magic 2 - Telefon Boleh-Luncur Buat Kemunculan Semula di IFA 2018
- Neffos X9 - Peranti RAM 3GB Bawah RM600, Berbaloi Ke?
- Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami
- Malaysia Mungkin Bakal Anjur Piala Dunia Mobile Legends Tahun Hadapan
- Peranti Kelas Perdana Redmi Didakwa Bakal Dilengkapi Kamera Swafoto Terangkat
- Kebolehan Pocophone F1 Diuji Pada Acara Pocophone Game Night
- Xiaomi Mi Mix 2 Hadir Dengan Snapdragon 835