Ketika Xiaomi bakal memulakan penjualan rasmi Redmi Note 7-nya hari ini, pengedar telefon pintar atas talian terkenal, DirectD dilihat sudah mula menerima pra-tempahan untuk Mi 9 baru-baru ini.
Menurut mereka, peranti berkenaan adalah merupakan set rasmi daripada Xiaomi Malaysia dan akan dipasarkan pada harga RM1,999 sahaja.
Walaupun tidak menyatakan tarikh ketibaan peranti tersebut ke Malaysia, DirectD sebelum ini pernah memberitahu bahawa ia bakal tiba ke pasaran tempatan pada bulan April ini.
Xiaomi Mi 9 ini didatangkan dengan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM beserta simpanan dalaman 128GB, bateri berkapasiti 3,300mAh dan skrin SuperAMOLED 6.39-inci FHD+.
Bagi tetapan kameranya pula, ia dilengkapi kamera utama tri-lensa 48MP sudut lebar + 16MP ultra-lebar + 12MP telefoto serta kamera swafoto lensa tunggal 20MP.
Kami menjangkakan Xiaomi Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: DirectD
Berkaitan
- Perbandingan Kamera Xiaomi Mi 8 & Pocophone F1
- MWC 2019 - Apa Yang Anda Boleh Harapkan Daripada Pengeluar Pada MWC Tahun Ini
- Android 8.0 Oreo Kini Tersedia Buat Peranti Asus Zenfone 3 Zoom
- Huawei Mate 20 Kini Rasmi - Peranti Pertama Dengan Kirin 980, Sokongan NanoSD & Takuk Kecil
- Tencent Games Buddy - Peneladan Rasmi Tencent Games Untuk Bermain PUBG Mobile Di PC
- Huawei Malaysia Umum Harga Rasmi Bagi Siri Mate 20 & Jam Pintar
- Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y
- Apple Mohon Maaf Masalah Pepijat FaceTime, Berjanji Akan Selesaikannya Minggu Hadapan
- Oppo F9 Atau Vivo V11, Mana Satu Patut Korang Pilih
- Google Android 9 - Teka-Teki Tentang Nama Akhir Bagi Android P Akhirnya Terjawab