Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluaran Akaun Fleksibel, Ini Yang Perlu Diketahui

Lebih Cepat, KWSP Perkenal Pengaktifan Bulanan Simpanan Shariah Mulai April

Diterbitkan Januari 10, 2025 · Dikemas kini Januari 10, 2025 oleh Amalina Athman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan dua ciri utama untuk Simpanan Shariah bagi menyediakan akses lebih pantas dan fleksibiliti kepada ahli, yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2025.

Melalui penambahbaikan itu, ia membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat serta merta untuk ahli baharu.

Sementara itu, tarikh kuat kuasa akan jatuh pada hari pertama bulan berikutnya untuk ahli sedia ada yang memilih beralih ke Simpanan Shariah – berbanding sebelum ini yang mana hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun berikutnya.

Menurut KWSP, pelaksanaan penambahbaikan itu berdasarkan tempoh peralihan dari tarikh 25 Disember 2024 hingga 31 Mac 2025 bagi memastikan inisiatif berkenaan berjalan lancar. Dalam tempoh tersebut, tarikh kuat kuasa bagi ahli yang ingin beralih ke Simpanan Shariah adalah seperti berikut:

  • Sebelum 25 Disember 2024: Tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Januari 2025.
  • Antara 25 Disember 2024 hingga 24 Mac 2025: Tarikh kuat kuasa adalah pada 1 April 2025.
  • Antara 25 Mac hingga 31 Mac 2025: Tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025.
  • Mulai 1 April 2025 dan seterusnya: Tarikh kuat kuasa adalah pada 1 haribulan berikutnya selepas tarikh membuat pilihan, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh hari.

Sebagai contoh, sekiranya ahli memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025.

Namun, jika ahli memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 25 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025, setelah mengambil kira tempoh tangguh selama tujuh hari tersebut.

Dengan pembaharuan ini, ia dapat memendekkan tempoh menunggu dari tahunan ke bulanan serta memastikan pelaburan ahli adalah patuh syariah lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi KWSP.

Berkaitan

  • Cara Pindah Dan Keluarkan Wang KWSP Dengan Akaun 3 (Fleksibel) Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • KWSP Perkenal i-Akaun Secure Untuk Pengesahan Transaksi

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY