Pada tahun 2023 lepas, Sony Interactive Entertainment (SIE) menaikkan harga langganan PlayStation Plus hampir 50%. Kenaikan itu bukan hanya di Malaysia sahaja, tetapi seluruh dunia. Disebabkan itu, seorang pengguna di Reddit berkongsikan yang dia berjaya melanggan servis itu untuk tempoh sehingga lebih 20 tahun.
Katanya, dia melanggan PS Plus Essentials dengan cara bertindan. Kemudian, dia naik taraf kesemuanya kepada premium pada hanya $199 sahaja. Melaluinya, tarikh untuk pembaharuan pelan PS Plus tersebut adalah selepas 7 Jun 2048. Ini bermakna, tempoh langganan itu adalah selama 24 tahun.
Di ruangan komen, rata-rata melontarkan pendapat yang dia agak gila untuk berbuat demikian. Ini kerana kita tidak pasti lagi apakah penawaran PS Plus pada masa hadapan. Sama ada ia berbaloi atau pun sebaliknya.
Pada pendapat peribadi yang juga melanggan PS Plus Extra, PS Plus daripada Sony masih lagi kurang berbaloi jika nak dibandingkan dengan Microsoft Game Pass. Servis Game Pass dilihat jauh lebih menarik serta mampu milik kerana banyak permainan termasuk yang baharu ditawarkan. Malah, sekarang pun pengguna boleh memainkan permainan terbaru Call of Duty: Black Ops 6.
{suggest}