Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 2023

Kuo: Jualan Telefon Pintar Xiaomi Pada 2023 Mungkin Lebih Rendah Daripada Jangkaan

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo kini meramalkan penghantaran telefon pintar Xiaomi pada 2023 akan berkurangan sebanyak 8% hingga 10%, iaitu sekitar 140 juta unit berbanding jangkaan pasaran sebanyak 150-165 juta unit.

Berkaitan

  • Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung
  • Xiaomi 13 Diperkenal Untuk Pasaran Global Pada 26 Februari Ini

Menurut Kuo, rancangan pengeluaran telefon pintar Xiaomi pada suku pertama dan suku kedua 2023 masih lemah, dengan masing-masing anggaran hanya 23-25 juta dan 20-23 juta unit.

Jelasnya, tiada tanda-tanda peningkatan ketara dalam rancangan pengeluaran Xiaomi pada suku ketiga 2023.

My latest survey indicates that Xiaomi’s smartphone shipments in 2023 may be lower than market expectations, and the current inventory of Xiaomi is as high as 12–16 weeks, meaning that the market is too optimistic about the recovery of Xiaomi/Android.https://t.co/tvgOhEyzJC

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) February 10, 2023

Sementara itu, inventori semasa telefon pintar dan komponen Xiaomi adalah sekitar 40-45 juta unit, bersamaan 12-16 minggu, yang mana dilihat jauh daripada tahap inventori yang sihat iaitu kira-kira 6 minggu.

Seterusnya, ia memberikan gambaran bahawa jangkaan pasaran untuk penyelarasan inventori Xiaomi ke tahap yang munasabah pada separuh pertama 2023 mungkin terlalu optimistik.

Tambahan pula, kecekapan Xiaomi dalam penyelarasan inventori masih rendah. Jika Xiaomi ingin mempercepatkannya, ia mungkin akan menjejaskan keuntungan syarikat.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY