Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
selfie camera iPhone 15

Kuo: iPhone 17 Akan Terima Naik Taraf Kamera Swafoto

Diterbitkan Januari 4, 2024 · Dikemas kini Januari 4, 2024 oleh Amalina Athman

Siri iPhone 16 belum lagi dilancarkan, tetapi kini timbul ura-ura mengenai barisan iPhone 17. Penganalisis Ming-Chi Kuo melaporkan bahawa iPhone 17 akan menerima naik taraf kamera swafoto.

Berkaitan

  • Ini 10 Permainan Percuma Dan Aplikasi Berbayar Paling Popular Di iPhone Dan iPad 2023
  • iPhone 16 Akan Dilengkapi Butang Khas Baharu - Mark Gurman

Ketika ini, iPhone 14 dan iPhone 15 dimuatkan kamera swafoto 12MP dengan elemen 5P. Barisan iPhone 16 juga dijangka akan dilengkapi perkakasan yang sama.

Dengan iPhone 17, Apple diramalkan menaik taraf kepada lensa 24MP dengan elemen 6P. Kuo menyatakan bahawa naik taraf ini akan memberikan peningkatan ketara bagi kualiti imej kamera swafoto.

Untuk kosnya pula, Kuo menganggarkan komponen kamera swafoto akan melebihi dua kali ganda berbanding komponen sedia ada. Seterusnya, ia akan mendorong keuntungan besar untuk pembekal Genius.

Sebagai rekod, berikut merupakan senarai iPhone dengan resolusi kamera swafoto:

  • iPhone 6s: 5MP dengan apertur ƒ/2.2 dan lensa 4P.
  • iPhone 7, iPhone X, dan iPhone XS: 7MP dengan apertur ƒ/2.2 dan lensa 4P.
  • iPhone 11, iPhone 12, dan iPhone 13: 12MP dengan apertur ƒ/2.2 dan lensa 5P.
  • iPhone 14 dan iPhone 15: 12MP dengan apertur ƒ/1.9, autofokus dan lensa 5P.

Berbalik kepada iPhone 17, spekulasi sebelum ini turut menjangkakan ‌iPhone‌ 17 Pro akan menjadi ‌iPhone‌ pertama menampilkan teknologi Face ID di bawah panel, yang boleh mengurangkan saiz Dynamic Island, tetapi potongan untuk kamera swafoto dijangka kekal.

Bagaimanapun, mengambil kira iPhone 17 hanya akan dilancarkan pada separuh kedua 2025, sebarang kemungkinan dan perubahan boleh berlaku.

Sumber: Ming-Chi Kuo, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY