Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 Plus

Kuo: iPhone 14 Plus Dianggap Strategi Produk Yang Gagal

Diterbitkan September 12, 2022 ยท Dikemas kini September 12, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan penganalisis Ming-Chi Kuo, iPhone 14 dan iPhone 14 Plus mencatatkan jumlah pra tempah yang “buruk” berbanding iPhone 13 mini, sekurang-kurangnya setakat ini.

Umum mengetahui, iPhone 14 Plus adalah pengganti kepada iPhone 13 mini. Walau bagaimanapun, Kuo menyatakan hasil pra tempahan iPhone 14 Plus adalah jauh lebih rendah daripada jangkaan, bermakna strategi pembahagian produk Apple untuk model asas adalah gagal pada tahun ini.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Apple Buang Slot SIM Fizikal Bagi Model iPhone 14 Di Amerika Syarikat
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
  • Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan, Ini Senarainya

Jika permintaan untuk iPhone 14 dan 14 Plus masih tidak bertambah baik, dijangkakan Apple mungkin mengurangkan pengeluaran kedua-dua model itu seawal November nanti.

Dalam pada itu, Kuo turut menjelaskan pra tempahan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max masing-masing dilihat sebagai neutral dan baik jika dibandingkan dengan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Berdasarkan jumlah pra tempah yang ada ketika ini, permintaan bagi dua model andalan tersebut dijangkakan kukuh, sekurang-kurangnya sehingga November.

Di Malaysia, anda hanya boleh membuat pra tempahan bagi semua model iPhone 14 bermula 16 September nanti. Semakan senarai harga boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY