Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan, Ini Senarainya

Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan, Ini Senarainya

Diterbitkan September 12, 2022 · Dikemas kini September 12, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kebiasaannya tidak mendedahkan kapasiti bateri yang dimuatkan pada iPhone mereka, termasuk siri iPhone 14 pada kali ini. Akan tetapi, laporan terbaharu daripada MacRumors mendakwa telah memperoleh maklumat mengenai kapasiti bateri siri iPhone 14 daripada pangkalan data pengawalseliaan China.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga

Dinyatakan, tiga daripada empat model iPhone 14 dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding barisan iPhone 13, kecuali iPhone 14 Pro Max yang dilengkapi dengan bateri lebih kecil sedikit berbanding iPhone 13 Pro Max.

Berikut adalah senarai kapasiti bateri yang dimuatkan bagi setiap model iPhone 14 pada tahun ini serta perbandingan bagi kapasiti bateri siri iPhone 13.

iPhone 14:

  • iPhone 14 –  3,279mAh
  • iPhone 14 Plus – 4,325mAh
  • iPhone 14 Pro – 3,200mAh
  • iPhone 14 Pro Max – 4,323mAh

Kapasiti bateri iPhone 13 yang dilancarkan tahun 2021:

  • iPhone 13 mini –  2,406mAh
  • iPhone 13 – 3,227mAh
  • iPhone 13 Pro – 3,095mAh
  • iPhone 13 Pro Max – 4,352mAh

Menurut MacRumors, pangkalan data yang sama telah mendedahkan kapasiti bateri dengan tepat bagi empat model iPhone 13 dan Macbook Pro 14-inci dan 16-inci yang dilancarkan pada tahun lalu. Terdahulu, Apple melalui acara pelancaran minggu lepas mengatakan keempat-empat model iPhone 14 hadir dengan “all-day battery life”. 

Bagi yang ingin membuat pra tempah siri iPhone 14, ianya boleh dilakukan bermula 16 September untuk pasaran Malaysia. Senarai penuh harga boleh diperoleh melalui pautan ini.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY