Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad fold ipad mini

Kuo: Harga Jauh Lebih Tinggi, iPad Boleh Lipat Mungkin Bukan Pengganti iPad Mini

Diterbitkan Disember 27, 2022 · Dikemas kini Disember 28, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor mungkin tidak akan menggantikan iPad mini dengan iPad boleh lipat pada tahun 2025, yang mungkin bertentangan dengan jangkaan beberapa pihak sebelum ini.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Akan Perkenal iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada 2024
  • Apple Naikkan Harga Jualan iPad Air, iPad Mini Dan iPad Gen-9
  • DaVinci Resolve Kini Mula Tersedia Di iPad Secara Percuma

Penganalis terkenal, Ming-Chi Kuo menyatakan ini kerana iPad boleh lipat akan mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding iPad mini, yang menjadikan penggantian sedemikian adalah tidak munasabah.

Ketika ini, iPad mini Gen 6 dijual pada harga bermula RM2,399 dengan permulaan storan dalaman 64GB, dilengkapi cip pemproses A15 Bionic, dwi-pembesar suara stereo, sensor Touch ID, rangkaian 5G serta sokongan Apple Pencil Gen 2.

Menurut Kuo, Apple dikhabarkan dalam usaha untuk menghasilkan iPad mini dengan cip pemproses baharu sebagai strategi jualan. Penghantaran produk ini dijangka akan bermula pada penghujung 2023 atau separuh pertama 2024.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY