Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTM ETS

KTMB Tambah Tren ETS Sempena PRU 15, Bermula 18 November Depan

Diterbitkan November 2, 2022 · Dikemas kini November 2, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan servis istimewa Keluarga Malaysia sempena Pilihan Raya yang bakal menjelma.

Tempoh servis yang tersedia adalah dari 18 sehingga 20 November 2022. Terdapat 8 tambahan servis ETS yang akan disediakan pada tempoh yang sama. KTMB mengeluarkan sebanyak 716 tiket untuk servis ini dan 2,520 tiket untuk servis ETS tambahan.

Perjalanan disediakan adalah antara KL Sentral dengan Stesen Tumpat, Kelantan. Waktu berlepas adalah pada 18 November  pukul 3:40 petang dan sampai sekitar 7:40 pagi pada keesokan harinya.

Waktu untuk berlepas pulang adalah pada 20 November pukul 5:10 pagi dan dijangkan akan sampai sekitar 11:26 pagi pada keesokan harinya.

𝐓𝐫𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐓𝐒 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐊𝐞-𝟏𝟓

Selamat pagi!

Berita baik untuk anda, KTMB menawarkan perkhidmatan tren tambahan ETS sempena PRU Ke-15 bagi perjalanan dari 18 hingga 20 November 2022. pic.twitter.com/D2YccFKIlE

— KTM Berhad (@ktm_berhad) November 1, 2022

Servis ETS tambahan adalah termasuk perjalanan antara KL Sentral dengan Stesen Padang Besar, Perlis. Dua keretapi akan bertolak dari KL Sentral pukul 8:20 pagi dan 8:50 petang pada 19 November dan akan sampai di Padang Besar sekitar 1:56 petang dan 2:24 pagi.

Terdapat perjalan pada 18 dan 20 November juga yang dijadualkan untuk berlepas dari 5:05 petang dan sampai pada 10:34 malam.

KTMB hanya sediakan satu perjalanan sahaja dari Padang Besar untuk setiap hari sepanjang tempoh servis tersebut. Pada 19 November, keretapi ini akan bertolak pada 5:50 petang dan 11:00 pagi pada 18 dan 20 November. Ianya dijangka akan sampai di KL Sentral pada 11:28 malam dan 4:34 petang.

Servis ETS juga akan menyediakan perjalanan dari Stesen Butterworth, Pulau Pinang tetapi hanya pada 18 November sahaja. Keretapi ini akan berlepas pada 9:00 malam dan dijangka akan sampai pada 1:15 pagi keesokan harinya.

Jualan tiket akan mula berlangsung pada 2 November bermula pukul 2 petang. Manakala tempahan untuk servis ETS tambahan sudah tersedia sejak 1 November 2022.

Sumber: KTMB (Twitter)

Berkaitan

  • 3 Wakil Malaysia Akan Ke China Untuk Peringkat Akhir Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest
  • NASA Akan Lancar Misi Ke Asteroid Dengan Nilai Mineral Lebih Quadrilion Ringgit
  • Youtube Primetime Channels Dilancar, Hab Untuk Platform Penstriman Dan Kandungan TV
  • Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater
  • Semua Pengesahan DuitNow Transfer Dan 'Favourite' Di Aplikasi MAE Perlu Guna Secure2u Bermula Minggu Depan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
©2026 WISER.MY