Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater

Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater

Diterbitkan November 2, 2022 · Dikemas kini November 2, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Selepas pengenalan SPayLater daripada Shopee, Lazada juga menawarkan servis buy-now-pay-later (BNPL) yang dipanggil sebagai LazPayLater.

Pengguna yang layak boleh menggunakan amaun yang diberikan dan akan membayarnya semula di kemudian hari. Sebelum kelayakan, pengguna perlu menghantar permohonon terlebih dahulu untuk menggunakan servis berkenaan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk menangguhkan pembayaran bagi pembelian mereka selama 30 hari tanpa sebarang faedah. Terdapat juga pilihan pelan ansuran yang bermula daripada 3, 6 dan 12 bulan. Ansuran bulanan ini akan dikenakan sedikit bayaran ditetapkan kepada 1.5%.

Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater

Walau bagaimanapun, pengguna mempunyai had kredit sehingga RM4,000 sahaja. Tiada pilihan untuk pengguna memohon kenaikan had kredit tetapi Lazada akan memaklumkan sama ada pengguna itu berhak ataupun tidak menaikkan had kredit mereka.

LazPayLater tidak termasuk dalam pembelian di bawah kategori barang digital seperti kad hadiah atau e-baucar serta barangan kemas.

Ini merupakan cara untuk menggunakan LazPayLater sebagai pilihan pembelian:

Lazada Kini Memperkenalkan Servis LazPayLater Menyaingi SPayLater

Untuk membayar semula LazPayLater, pelbagai cara boleh digunakan seperti Lazada Wallet, perbankan atas talian, kad kredit dan debit, Touch ‘n Go (TNG) eWallet dan Boost e-wallet.

Pengguna boleh melihat pernyataan bil daripada daripada LazPayLater dengan menekan butang View Details yang terdapat dalam akaun LazPayLater.

Lazada PL_2

Jika pengguna terpilih sebagai pre-qualified dan ingin mencuba pembayaran menggunakan LazPayLater, mereka boleh menggunakan servis tersebut dalam bahagian Lazada Wallet di bawah laman My Account dengan langkah seperti berikut:

Lazada PL_3
Lazada PL_4

Pengguna juga boleh menyemak status permohonan di dalam halaman Lazada Wallet tetapi diingatkan bahawa tempoh pengesahan mengambil masa sehingga 24 jam.

Sumber: RinggitPlus, Lazada

Gambar: RinggitPlus

Berkaitan

  • 12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini - MenKOMM
  • SNS Tawar Pembelian Komputer Riba Untuk Pelajar, Jimat Sehingga RM600
  • Lokasi Menyerupai Stor IKEA, Seorang Pembangun 'Game' Berdepan Tuntutan Saman
  • Masih Ditawar Dalam Play Store, Pengguna Android Digesa Buang Segera 4 Aplikasi Ini
  • Youtube Primetime Channels Dilancar, Hab Untuk Platform Penstriman Dan Kandungan TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY