Dalam pertandingan Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC), 3 syarikat pemula (startup) telah diumumkan sebagai pemenang.
Dalam kesemua 20 finalis, Parkit dinobatkan sebagai juara, CheckinMe di tempat ke-2 manakala IWG eSport Sdn Bhd di tempat ke-3.
CASCSC ini dikelolakan oleh Alibaba Cloud dengan kerjasama syarikat tempatan seperti HandsProfit dan My Lives Global Capital Sdn Bhd.
Pertandingan tahun ini mendapat penyertaan sebagai 141 peserta daripada pelbagai negara termasuklah Kemboja dan Pakistan. Peserta-peserta hadir daripada pelbagai industri termasuk logistik, agrikultur.
Ketiga-tiga pemenang ini akan mewakili Malaysia untuk ke peringkat Grand Final Create@ Alibaba Cloud Global
Startup Contest yang akan berlangsung di China kelak.
Sumber: Siaran Akhbar Alibaba
