Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KPDN Serbu 14 Rangkaian Pengedar Aksesori Telefon Tiruan

KPDN Serbu 14 Rangkaian Pengedar Aksesori Telefon Tiruan

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas 14 premis berasingan di sembilan negeri, yang disyaki menjual pelbagai aksesori telefon bimbit tiruan.

Premis tersebut termasuk yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata hasil serbuan menemui 2,600 unit pelbagai jenis aksesori telefon bimbit yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

Kesemua aksesori telefon bimbit tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan nilan rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM65,000.

Beliau berkata operasi yang dilakukan adalah hasil aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal oleh pihak KPDN.

Hasil maklumat awal menunjukkan kesemua premis terbabit disyaki membekalkan aksesori tiruan dengan berselindung di sebalik syarikat yang membekalkan aksesori asli, melibatkan pemilikan oleh syarikat sama di seluruh negara.

Sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah subseksyen 102 (1)(c) Akta 815. Selain itu, syarikat berkenaan juga disiasat di bawah Akta Pencegagan Pengubahan Wang Haram, pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)(Akta 613) kerana disyaki melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, KPDN turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menjual barangan yang tidak mendapat kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah kerana ia merupakan kesalahan yang serius.

Pengguna juga dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak menyokong aktiviti penjualan barang tiruan kerana boleh mengakibatkan kerugian serta berpotensi mengancam keselamatan pengguna itu sendiri.

Berkaitan

  • MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan 'Phishing' Melalui Pautan SMS
  • Bantu KPDN Tangani Kenaikan Harga Barang Melalui Aplikasi 'Price Catcher'
  • Dua Premis Hiburan Diserbu KPDN Kerana Langgar Hak Cipta
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY