Sepertimana yang anda boleh lihat, rekaannya selari dengan perkhabaran sebelum ini dimana terdapat modul petak yang diisi dengan satu kamera 12MP bagi rakaman belakang.
Terdahulu, kita sudah mendengar tentang spesifikasi yang bakal dibawakan pada Pixel 4a seperti penggunaan Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan dalaman 64GB. Menurut laman 9to5Google, ia mungkin mempunyai variasi storan sehingga 128GB.
Lain-lain spesifikasi adalah seperti bateri 3080mAh, sokongan dwi kad SIM nano, bicu audio 3.5mm serta rekaan punch hole pada paparan. Rakaman hadapan mungkin menggunakan kamera 8MP.
Difahamkan lagi bahawa, Pixel 4a akan diberi keupayaan rakaman video sama seperti Pixel 4 iaitu 1080p@30fps/60fps/120fps, 720p@240fps dan 4K pada 30fps. Rakaman video disebelah hadapan pula pada 1080p@30fps.
Dari segi paparan pula, dikhabarkan Pixel 4a akan menggunakan skrin OLED FHD+ berukuran 5.81 inci. Binaan Pixel 4a juga sama seperti Pixel 3a dengan dibelakangnya adalah plastik serta sensor imbasan jari dibahagian tengah.
Pixel 4a sebelum ini dirancang pelancarannya pada acara Google i/o. Namun oleh kerana kebimbangan Covid-19, acara yang dijadualkan pada 12-14 Mei itu terpaksa dibatalkan. Dengan adanya imej kotak bungkusan ini, ia ibarat memberi bayangan pengumuman peranti akan dibuat tidak lama lagi.
Sumber: 9to5Google
Berkaitan
- Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?
- Honor Band 4 Dan Running Edition Dijual Pada Harga RM 149 Dan RM79 Untuk Malaysia
- Sony Kongsi Hasil Foto Dari Sensor IMX 686, Rakaman Pada Resolusi 64MP
- Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia
- Xiaomi Mi Mix 4 Mungkin Lebih Mahal Dari Mi 11 Ultra Dan Ada Kamera Bawah Paparan
- Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
- Boleh Beli iPhone XS Dan iPhone XS Max 19 Oktober Ini, Harga Bermula RM4999
- Dengan RAM 1.5TB, Berapa Banyak Tab Google Chrome Boleh Dibuka?
- Samsung Galaxy M10 Mula Dijual Hari Ini, Berharga RM449
- TM Tawarkan Unifi Basic Untuk Semua, Tidak Lagi Terhad Kepada Golongan Berpendapatan RM4500 Kebawah