Menurut sumber @Onleaks dan 91Mobiles, Google Pixel 4a masih lagi mengekalkan DNA rekaan Pixel 4/4 XL dengan menggunakan rekaan modul kamera belakang. Melihat dengan lebih dekat, hanya terdapat satu sahaja kamera belakang.
Peranti masih lagi mengekalkan bicu 3.5mm, pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan juga pembesar suara menghala ke bawah.
Bahagian hadapan peranti lebih menarik. Ia tidak menggunakan bezel tebal atau takuk, sebaliknya memuatkan rekaan kamera punch-hole yang mempunyai satu sahaja lensa swafoto.
Dikatakan paparan akan bersaiz sekitar 5.7 - 5.8 inci, iaitu kecil untuk saiz standard sesebuah peranti. Namun perlu diingatkan kemungkinan besar ada Pixel 4a XL jika mahukan saiz paparan yang lebih besar.
Sumber: 91Mobiles, @Onleaks
Berkaitan
- Ini Merupakan Fungsi Terbaharu Kemaskini Feature Drop Bulan Mac Untuk Google Pixel
- Resolusi 1080p Sahaja Tapi Dikatanya 4K - Google Dilihat Tidak Jujur Dengan Kualiti Permainan Google Stadia
- Bayaran Sehingga 1.5 Juta USD Jika Anda Berjaya Godam Cip Titan M Pada Google Pixel
- Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi "Share" Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9
- Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia - Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa
- Google Mahu Menjadi Bank Dengan Menawarkan Perkhidmatan Akaun Semakan
- Pilihan Raya AS, Google Classroom, Dan BPN Merupakan Carian Paling Tinggi Sepanjang 2020 Di Malaysia
- Google Pixel 5 Diperlihatkan Lagi Beberapa Jam Sebelum Acara Pelancaran Rasmi
- Google Photos Hadir Dengan Fungsi Gambar 3D Melalui Pembelajaran Mesin
- Mod Astrofotografi Hadir Secara Rasmi Untuk Google Pixel Generasi Lama