Hal ini juga telah berlaku di Korea Selatan apabila tiga penyedia perkhidmatan talian mereka, SK Telecom, KT dan LG U+ telah bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan teknologi 5G di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar tempatan. Ini bertujuan bagi melonggarkan sedikit persaingan antara penyedia perkhidmatan di sana.
Menteri Sains Korea, You Young-min komited kerjasama berkenaan akan menjadikan negara tersebut sebagai negara pertama yang mempunyai sambungan 5G secara meluas menjelang tahun 2020. Korea juga dijangka akan melancarkannnya buat kali pertama pada bulan Mac tahun hadapan.
Berikutan itu, syarikat pengeluar peranti terkenal Korea Selatan, Samsung sedang berusaha untuk menjadi antara pengeluar pertama yang menghasilkan peranti yang menyokong sambungan 5G. Mereka telah pun menguji perkhidmatan berkenaan bersama Mobile TeleSystems(MTS) pada awal bulan ini.
Sekiranya sambungan 5G ini boleh mula digunakan kelak, ia dijangka akan memberikan internet dengan kelajuan 20 kali lebih pantas berbanding 4G yang digunakan pada hari ini. Diharapkan agar Malaysia juga tidak akan ketinggalan terlalu lama untuk menikmati sambungan ini.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra Diperkenalkan- Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Samsung Melancarkan Telefon Lipat Galaxy Folder 2
- Samsung Juga Memperkenalkan Power Bank 5100mAh Sempena Pelancaran S8
- Samsung Pay Akhirnya Hadir ke Malaysia Selepas Hampir 2 Tahun Dilancarkan
- Samsung Galaxy A9 2018 - Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi
- Samsung Exynos Mempamerkan Sokongan Pemproses Dwi-Kamera
- Samsung Galaxy Note 9 Mula Terima Kemaskini Android 9 Pie
- Tali Pinggar Pintar Jenama Welt Dari Samsung Disenaraikan Dalam Kickstarter
- Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Menjanjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin
- Samsung Mula Tawarkan Kemaskini Mod Malam Pada Siri Galaxy S10, Mahu Menyaingi Pixel 3