Komputer Riba Surface Berkuasa Dan Unik Kini Di Malaysia

September tahun lalu, Microsoft memperkenalkan barisan komputer riba Surface terbaharu mereka dan Microsoft Malaysia turut mengesahkan kehadirannya buat pasaran tempatan.

Kini, dua komputer riba - Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 telah diumumkan masuk buat pasaran Malaysia.

Pelanggan tempatan boleh mula membuat tempahan awal bagi Surface Laptop Studio bermula hari ini (15 Februari) menerusi Maxis pengedar yang sah seperti All IT, Gloo, Harvey Norman, PC Image, Senheng, TMT, Lazada dan Shopee. Sementara Surface Pro 8 pula akan tersedia pada 8 Mac.

Mengimbas kembali spesifikasi ditawarkan, Surface Laptop Studio merupakan ahli keluarga Surface baharu dan yang paling berkuasa.



Ia boleh digunakan sebagai komputer riba biasa atau sebagai tablet yang mana ada Laptop Mode, Stage Mode dan Studio Mode. Didatangkan dengan cip Intel Core i5-11300H bersama grafik Iris Xe atau Intel Core i7-11370H dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti.



Turut hadir memori 16GB RAM atau 32GB RAM, storan sehingga 2TB, skrin 14.4 inci beresolusi 2400x1600 120Hz, Dolby Vision dan sokongan 10 titik berbilang sentuhan serta Pen yang boleh dicas secara magnetik.



Surface Pro 8 pula, dilengkapi paparan 13 inci beresolusi 2880x1920 dengan kadar segar semula 120Hz dan Dolby Vision.

Dikuasakan cip Intel Core i5-1135G7 atau i7-1185G7 dan padanan memori 8GB dan 128GB. Namun, ia boleh dikonfigurasikan sehingga 32GB dan 1TB storan, sama seperti Surface Pro terdahulu.

Harga Jualan


Berikut adalah harga rasmi Surface Laptop Studio:

  • Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 16GB, 256GB SSD - RM7399

  • Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX™ 3050 Ti, 16GB, 512GB SSD - RM9399

  • Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 32GB, 1TB SSD (hanya di Harvey Norman) - RM11,999


Berikut adalah harga rasmi Surface Pro 8:

  • Intel Core i5, 8GB, 128GB SSD, Platinum - RM4950

  • Intel Evo Core i5, 8GB, 256GB SSD, Black - RM5250

  • Intel Evo Core i5, 16GB, 256GB SSD, Black (hanya di Harvey Norman) - RM6490

  • Intel Evo Core i7, 16GB, 256GB SSD, Black - RM7350

  • Intel Evo Core i7, 16GB, 512GB SSD, Black - RM8750


Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Baca juga: