Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surface Pro 8

Microsoft Surface Pro 8 Diperkenal – 120Hz Dan Sokongan Thunderbolt 4

Diterbitkan September 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain memperkenalkan generasi kedua Surface Duo, Microsoft juga melancarkan Surface Pro 8 yang mana mereka mengatakan ia jauh lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Surface Pro 8 mempunyai sedikit persamaan dari segi rekaan berbanding Surface Pro 7 tetapi ia kini menyokong Surface Slim Pen 2, mempunyai skrin sebesar 13 inci beresolusi 2880×1920 dan kadar segar semula 120Hz serta Dolby Vision.

Microsoft Surface Pro 8

Cip yang menguasakannya adalah Intel Core i5-1135G7 atau i7-1185G7 dan padanan memori 8GB dan 128GB. Namun, ia boleh dikonfigurasikan sehingga 32GB dan 1TB storan, sama seperti Surface Pro terdahulu.

Selain itu, ia turut dilengkapi bateri 51.5Wh, Windows 11, Bluetooth 5.1, WiFi 6, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, lensa hadapan 5MP, lensa belakang 10MP, bicu audio 3.5mm serta 2x USB-C Thunderbolt 4.

Tanda harga diletakkan adalah bermula USD1099 (~RM4609) dan ditawarkan mulai 5 Oktober ini. Adakah ia hadir di Malaysia? Sama-sama kita tunggu.

Sumber: Microsoft

Baca juga:

  • vivo X70 Series Dilancarkan, Dikuasakan Oleh MediaTek Dimensity 1200
  • Ini Sebab Kenapa Ramai Yang ‘Kecewa’ Dengan iPadOS 15
  • Samsung Galaxy Flip 3, Buat Kami Terkenang Phone Lipat Dulu-Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY