Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Free Fire Banned

Selepas PUBG Mobile, Kini Free Fire Pula Diharamkan Di India

Diterbitkan Februari 15, 2022 oleh Amsyar Latif

Bermula tahun 2020, Kerajaan India sudah mula mengharamkan sejumlah aplikasi yang berasal dari China, termasuk PUBG Mobile. Tujuannya adalah disebabkan ia dikatakan mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Terbaru, Kementerian Teknologi Maklumat dan Elektronik India melakukan “serangan” sekali lagi tahun ini dengan mengharamkan 54 aplikasi dari China. Mengejutkan, permainan popular Garena Free Fire turut menerima nasib yang sama.

54 Chinese Apps banned by Indian Government including Tencent owned apps and Beauty Camera Selfie App

Full List of 54 Chinese Apps courtesy @MajorPoonia #54ChineseApps #ChineseApps pic.twitter.com/H8FKFEYuis

— Bar and Bench (@barandbench) February 14, 2022

Free Fire bukanlah sebuah permainan yang berasal dari China. Sebaliknya dari Singapura. Pun begitu, mungkin disebabkan Garena berada di bawah payung SEA dan syarikat ini ada pegangan pasaran saham dengan Tencent.

Melaluinya juga, India kini telah mengharamkan lebih 200 aplikasi dari China. Ini termasuk juga aplikasi popular TikTok, WeChat dan banyak lagi.

Bagaimanapun, punca sebenar Free Fire diharamkan masih lagi menjadi persoalan. Malah, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Elektronik India turut tidak mahu memberi sebarang komen terhadap perkara ini.

Sumber: Bloomberg, @barandbench

Baca juga:

  • India Kini Haramkan 59 Lagi Aplikasi Dari China Termasuk TikTok

  • Dipercayai Pengaruh PUBG, Seorang Kanak-Kanak Menembak Mati 4 Ahli Keluarganya

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY