Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ikan biohibrid jantung manusia (3)

Saintis Berjaya Cipta “Ikan” Daripada Jantung Manusia

Diterbitkan Februari 15, 2022 · Dikemas kini Februari 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sekumpulan penyelidik telah menerbitkan kajian mereka di Science yang mana menjadi bukti kejayaan mereka mencipta ikan berasaskan sel jantung manusia.

Bagaimanapun, kajian ini bukanlah bertujuan untuk mencipta haiwan tetapi sebaliknya ke arah penciptaan jantung buatan.

Ikan buatan manusia ini dilengkapkan dengan lapisan sel otot jantung manusia (cardiomyocytes)  pada kiri dan kanan sirip ekornya. Apabila salah satunya mengecut (contract), maka sebelah lagi pula akan meregang (stretch) dan ini mengaktifkan protein yang menyebabkan aktiviti ini berulang.

Pengulangan pengecutan dan regangan otot ini seperti yang terjadi pada jantung manusia ini. Ia menyebabkannya haiwan biohibrid tersebut berenang dan nampak seperti ikan walaupun sebenarnya ia bukanlah 100% seperti ikan tulen ciptaan Tuhan yang mempunyai otak, mata, dan lain-lain organ.

Ikan daripada jantung manusia ini berjaya hidup sehingga 108 hari dan merekodkan 38 juta denyutan, jauh lebih lama daripada ciptaan pari-pari dan obor-obor hibrid mereka sebelum ini yang hanya bertahan selama seminggu.

Terdahulu, mereka juga pernah menghasilkan ikan pari dan obor-obor biohibrid daripada sel jantung tikus.

Ikan biohibrid ini disertakan dengan perentak jantung (pacemaker) yang membuatkan pergerakan ikan untuk mengawal kekerapan dan rentak denyutan otot.

Dengan kejayaan ini, Penyelidik dari Harvard John A. Paulson School of Engineering and Applied Sciences (SEAS) ini akan dapat membangunkan pam otot yang tahan lama kelak, mengkaji fisiologi kardiovaskular dan penyakit jantung seperti arrythmia dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, ini juga membuktikan mereka selangkah ke arah tujuan mereka iaitu mencipta jantung buatan untuk pembedahan.

Sumber: VICE

Baca juga:

  • Saintis Kesan ‘Objek Misteri’ Sehampir 4000 Tahun Cahaya Dari Bumi
  • Saintis Dah Berlayar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Yang Mula Cair Dengan Cepat
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY