Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dua Komputer Riba Microsoft Surface Baharu Akan Masuk Malaysia Awal Tahun Hadapan

Posted on Oktober 7, 2021

Beberapa hari lepas, Surface Go 3 secara rasmi masuk ke pasaran tempatan dengan tanda harga jualan bermula RM1888. Kini, menurutĀ lowyat.net, dua lagi komputer riba Surface bakal tiba juga di Malaysia.

Dua komputer riba tersebut adalah Microsoft Surface Pro 8 dan Surface Laptop Studio. Melalui laman rasminya, masing-masing akan mula dijual buat peminat tempatan seawal tahun 2022.

Mengimbas kembali, Surface Pro 8 menerima naik taraf berbanding model terdahulu seperti sokongan Surface Slim Pen 2, cip janaan Intel Core Gen 11 serta skrin 2880×1920 dengan kadar segar semula 120Hz.

Sementara Surface Laptop Studio, ia merupakan komputer riba Surface yang hadir dengan rekaan unik kerana boleh melipatkan skrinnya dan boleh digunakan dalam tiga mod berbeza – Laptop mode, Stage mode serta Studio mode.

Ketika mereka dilancarkan, Surface Pro 8 dijual dengan harga bermula USD1099 (~RM4609). Manakala Surface Laptop Studio pula bermula USD1599.99 (~RM6710).

Sumber: Lowyat.net

Baca juga:

  • Microsoft Surface Duo 2 Dilancarkan – Skrin Lebih Besar, 90Hz Dan Snapdragon 888

  • Lama Nak Tunggu? Anda Boleh ‘Install’ Windows 11 Cara Manual

  • Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress