Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4

Komputer Apple Macintosh Nanti Mungkin Akan Tersedia Dengan RAM Minimum 16GB

Diterbitkan Ogos 27, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh ariff bukhari

Sehingga kini, barisan komputer Macintosh meliputi komputer meja iMac, Mac mini serta komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro ditawar dengan RAM permulaan 8GB.

Tetapi, mungkin sudah tiba masanya Apple bersedia untuk menyediakan barisan komputer Macintosh mereka dengan kapasiti minimum RAM 16GB.

Ini berdasarkan ura-ura oleh Mark Gurman dari Bloomberg yang mendakwa barisan model Mac asas yang akan datang berkemungkinan akan bermula dengan RAM 16GB.

Perubahan itu dijangka apabila Apple melancarkan Mac mereka dengan cip pemprosesan terbaru M4 nanti.

Ketika ini, model Mac yang tersedia dengan RAM 16GB hanyalah varian tertinggi MacBook Air M3 13 dan 15 inci, Mac mini M2Pro serta model Mac Studio dan Mac Pro yang masing-masing tersedia dengan kapasiti asas RAM 32GB dan 64GB.

Jadi, jika anda bercadang untuk membeli komputer Apple Macintosh dalam masa terdekat ini, ada baiknya anda sabar sedikit masa lagi kerana komputer Apple dengan cip M4 baharu akan tiba tidak lama lagi yang dijangka akan dilancarkan tahun ini juga.

Sumber: 9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Perkenal Monitor Odyssey 3D, Boleh Lihat Visual 3D Tanpa Kaca Mata
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Rasmi: Apple Umum Pelancaran iPhone 16 Pada 10 September

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY